Total Pageviews

Thursday, May 7, 2009

Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains Dalam al-Quran

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Mengapa PASAK



Laman sesawang ini dibangunkan untuk para pembaca yang hanya mahir dalam bahasa Melayu sahaja. Saya rasa terpanggil untuk menyediakan laman sesawang ini memandangkan ramai yang tidak dapat mengikuti dan membaca laman sesawang dalam bahasa Inggeris yang terdapat dalam laman sesawang ASIQ. Pasak adalah singkatan kepada ungkapan Pengukuhan Akeedah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran Al-Kareem. PASAK merupakan satu modul ceramah dan dakwah yang telah dibina pada tahun 1995 sebagai satu tesis PhD. Tesis PhD yang judulnya PASAK ini dibina setelah penulis menyelesaikan tesis Sarjana yang merupakan satu tesis yang mengkaji ketekalan amalan pelajar-pelajar di sebuah sekolah agama berasrama penuh. Kajian penulis dalam peringkat sarjana ini mengenalpasti apakah wujud perbezaan amalan-amalan agama pelajar-pelajar semasa berada di sekolah dan di rumah. Pelajar-pelajar di sekolah agama berasrama penuh merupakan pelajar-pelajar yang dididik secara Islam. Kurikulum pendidikan lebih kurang sama dengan pelaja-pelajar yang di mana-mana sekolah menengah tetapi sedikit perbezaannya ialah mereka wajid belajar bahasa Arab, dan mengambil komponen pendidikan Islam seperti al-Quran dan as-Sunnah, Tasawur Islam dan Syariah (Ini di tingkatan 4 dan 5). Satu lagi perbezaan ialah ko-kurikulum yang bersifat ke agamaan. Umpamanya pelajar-pelajar diwajibkan mengikuti peraturan-peraturan agama seperti wajib menutup aurat di luar asrama, mengikuti kuliah-kuliah agama dan usrah-usrah dan sebagainya. Antara sekolah yang seperti ini ialah Sekolah Menegah Agama Persekutuan di Labu, Negeri Sembilan Sekolah Menengah Agama Persekutuan di Kajang, Selangor, Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang, Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang terdapat di seluruh negara.
.
Hasil Kajian
.
Kajian yang dibuat diperingkat sarjana menunjukkan wujud perbezaan yang besar amalan pelajar-pelajar di sekolah dan di rumah. Kajian yang dibuat menunjukkan bahawa semasa di sekolah lebih dari 95% pelajar tidak pernah meninggalkan sembahyang (solat) dengan sengaja dan apabila balik ke rumah peratus ini merosot sehingga ke paras di bawah 50%, Begitu juga dengan kewjiban menutup aurat. Di sekolah semua pelajar menutup aurat ketika keluar dari asrama (pelajar perempuan) tetapi apabila balik ke rumah, peratus ini juga merosot di bawah 50%. Ini menjadi satu petunjuk bahawa pendidikan yang diterima oleh pelajar-pelajar belum mampu menjadikan mereka melaksanakan ajaran Islam.

Mengapa Ibadah


Antara syariat (peraturan Allah) yang perlu ditekankan terlebih dahulu dalam tarbiyyah dan pendidikan anak-anak ialah solat. Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menekankan perkara ini. "Ajarlah anak kamu solat apabila ia berumur 7 tahun". Ibadah seperti solat dan puasa boleh mencegah seseorang dari melakukan kemunkaran. Ini seperti yang difirmankan oleh Allah s.w.t. Surah al-Ankaboot:45
.
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
.
Persoalan


Persoalan yang ingin ditimbulkan di sini ialah mengapa pelajar-pelajar sekolah agama yang dididik dalam persekitaran agama tidak mampu melaksanakan ajaran agama? Bagaimana pula mereka yang tidak dididik dalam persekitaran agama. Apakah mereka menghadapi masalah juga. Sepatutnya pelajar-pelajar yang dididik secara agama ini menunjukkan keislaman yang baik. Isu ini tidak terhenti di situ sahaja, Bahkan ada orang yang bertanya mengapakah orang-orang Islam yang agamanya begitu ketat memberi garis panduan hidup kini mengalami masalah sosial yang lebih teruk dari mereka yang bukan Islam? Mengapa remaja Cina tidak terlibat dalam masalah lumba haram, pembuangan bayi dan sebagainya. Banyak alasan yang dikemukakan untuk menjawab soalan dan pertanyaan seperti itu.
.
I'tibar Dari Seerah Nabi


Seerah bermaksud sejarah kesah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.. Untuk mencari jawapan dan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam kita perlu mengambil i'tibar dari sejerah dakwah Nabi Muhammad s.a.w. Tokoh-tokoh yang sering dijadikan contoh dan tauladan seperti Bilal r.a., Sumayyah, Amar bin Yasir Mus'ab Bin Umair, Saidina Umar al-Khattab bahkan semua sahabat nabi berubah daripada keadaan hidup Jahilliyyah kepada Islam dan menjadi tokoh yang tidak ada tolok bandngnya . Semuanya berubah kerana AKEEDAH, Dan Akeedah bukan semata-mata Ilmu Pengetahuan atau maklumat, tetapi ia adalah keyakinan. Kalaulah akeedah smata-mata adalah ilmu pengetahuan, maka Imam Abdul Ghafoor aka Snoucke Hourange (Orientalis Belanda yang banyak ilmu agamanya) itu juga adalah orang yang kuat Imannya. Olehsebab itulah iman itu bukan semata-mata ilmu pengetahuan, bahkan ia adalah keyakinan. Dengan keyakinan kepada kebenaran akeedah Islam itu maka seseorang akan mematuhi syariat (peraturan ataupun undang-undang Islam yang Fardhu, Sunnah, Harus, Makruh dan Haram. Olehsebab itu usaha-usaha untuk mengIslahkan (membaiki) masyarakat perlu bermula dari akeedah. Akeedah yang kuat (keyakinan kepada perkara-perkara akeedah seperti Uluhiyyah (ketuhanan), Nubuwah (Kenabian), Sam'iyat (Khabaran) dan Alam Ghaib menjadi faktor asas kepada pematuhan Syariat (peraturan) Islam. Orang-orang yang yakin akan balasan Allah s.w.t. tidak akan melakukan kemunkaran dan akan melakukan perintah dan suruhan Allah s.w.t. Suruhan Allah s.w.t. dan Rasulnya akan diikuti dan larangan Allah s.w.t. dan Rasulnya akan dihindari. Perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. umpamany seperti zina, liwat, minum arak, berjudi, menuduh zina, menuduh liwat, membunuh, dan sebagainya akan dipatuhi kerana manusia takut melakukan dosa-dosa ini kerana mereka YAKIN. Tetatapi sekiranya mereka tidak yakin, mereka akan lakukan semua ini sekiranya bereka berpeluang melakukannya.
.
Bagaimana Meyakinkan Manusia


Sifat manusia ingin melihat bukti.Nabi Ibrahim a.s. memohon kepada Allah s.w.t. untuk melihat bukti bagaimana Allah menghidupkan benda mati. Nabi Musa a.s. memohon kepada Allah untuk melihat wajah Allah. Mengapa mereka mahu melihat bukti, apakah mereka tidak percaya?. nabi Ibrahim hendak melihat bukti bagaimana Allah menghidupkan yang mati kerana hendak menenangkan hatinya.
.
Isra' Mi'raj
.
Isra' dan Mi'raj merupakan peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. diperjalankan dan diangkat oleh Allah s.w.t. ke langit. Nabi s.aw. diperjalankan dari Makkah ke Baitul Maqdis yang jauhnya lebih kurang 1000 km dan naik ke Sidratul Muntaha dilangit ke tujuh. Peristiwa ini merupakan perkara yang berbentuk sam'iyat (di khabarkan) oleh Allah dan Rasulnya dalam al-Quran dan Hadith. Ia tidak dapat dibuktikan dengan akal manusia, dan ia merupakan ujian keimanan.
.
Dalam peristiwa tersebut apabila Nabi Muhammad s.a.w. kembali ke Makkah pada malam itu, Nabi menceritakan kesah tersebut kepada orang -orang Quraish yang sebahagiannya telah beriman kepada Rasulullah s.a.w. Peristiwa tersebut berlaku pada zaman awal Islam, selepas Nabi Muhammad s.a.w. kematian Siti Khadijah dan Abu Tholib. Mereka yang beriman kepada Nabi merupakan orang-orang yang baru menganut Islam. Apabila nabi menceritakan kesah ini, oleh sebab peristiwa Isra'Mi'raj ini sesuatu yang tidak dapat difikir oleh akal manusia, maka ramai yang riddah (keluar dari iman) dan mereka menjadi murtad. Mereka mengatakan bahawa Nabi Muhammad gila! Apabila berita ini sampai kepada Abu Bakr, dia berkata "Aku percaya walau apa sahaja yang disebut oleh Muhammad sebab Muhammad tidak pernah berbohong!" Orang-orang Quraish meminta bukti kepada Nabi bahawa Nabi memang benar-benar pergi malam tersebut dengan menyoal perkara yang berkaitan dengan Masjid Aqsa, Ketika itu Allah s.a.w. membantu Nabi dengan mempertontonkan kepada Nabi secara terperinci Masjidil Aqsa dan Nabi Menjawab dengan tepat semua soalan orang-orang Quraish. Peristiwa ini ada pengajarannya:
.
1. Sukar untuk manusia yakin dengan perkara Sam'iyat.
2. Manusia memerluka bukti.
3. Allah membantu Nabi untuk meyakinkan manusia.
4. Saidina Abu Bakr yakin kepada peristiwa tersebut bukan kerana peristiwa ini b
oleh difikirkan oleh akal manusia, tetapi adalah disebabkan keyakinan beliau kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah berbohong.
Sehubungan dengan itu, blog ini dibina untuk meyakinkan manusia, yang telah yakin akan bertambah yakin, dan mereka yang ragu-ragu inshallah menjadi yakin dengan kebenaran al-Quran dan Hadith Nabi.

سنريهم آياتنا في الآفاق و في أنفسهم حتى يتبين لهم أنه الحق أولم يكفي بربك أنه على كل شئ شهيد


Untuk membaca seterusnya sila buka blog seterusnya! Untuk menghubungi saya sila hantar e-mail kepada arip@ukm.my, sekiranya hendak bercakap dengan saya sila gunakan nombor telifon 0389216918 (pejabat) atau 0192628464


Saya mohon para pembaca untuk tidak 'copy and paste' blog ini untuk dijadikan bahan dagangan seperti buku dll. Namun untuk pengajaran silakan. Saksikan pelbagai video yang saya telah link dengan blog ini.
Untuk menonton ceramah sila klik web ASIQ.COMBuku dan DVD ini boleh dibeli:

Harga DVD (2 jam) (RM 10.00), Buku PASAK RM (121 Muka Surat) 10.00, Buku Kehebatan Susunan al-Quran (165 Muka surat) RM 15.00 Pos Express RM 5.00

Sesiapa dikalangan pembaca telah membeli DVD dan kualitinya tidak memuaskan boleh hubungi saya melalui e-mail saya.

Jadual Ceramah:

CERAMAH PADA BULAN MEI 2012

1. 3 hb Mei 2012. Dewan Suarah, Sarekei, Sarawak. Jam 8.00 hingga 12.00 pagi. Sempena Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Sarawak.

2. 2 hb Mei. Masjid Daerah Kecil Kenowit, Sarawak.

3. 10 hb. Mei 2012. Lahad Datu. Pagi Khamis 10 Hb. Pusat Latihak Jakim Lahad Datu.

4. 9hb Mei 2012. Sekolah Menengah Ugama Tawau.

5. 10 hb Malam. Kuliah Maghrib, Kunak

6. 11 hb. Pagi Ceramah gabungan sekolah-sekolah PPD Kunak.

1. 10 hb Mei di Dewan Pusat Islam, Kuala Lumpur mulai Jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
2. 25 hb Jun 2010 Jam 7 malam . Matrikulasi Labuan
3. 26 hb Jun 2010 Pejabat Mufti Labuan, Wilayah Persekutuan
4. 30 hb Jun 2010 . 9-11 pagi Jabatan Agama Islam Selangor (Masjid Negeri
5. 30 hb Jun 2010. 3.30-5.00 Universiti Teknikal Melaka
6. 02 hb Julai, Atom Malaysia, Bangi.
7. 02 hb Julai 2010. 3.30-5.00 TNB Janakuasa Puterajaya.
8. 03 hb Julai 2010. 8.00-5 Ptg ITQANS, Gemencheh
9. 07Julai 2010. ILSAS (Lepas Maghrib-Pelajar Tajaan)
9. 08-10 hb Julai 2010. Ipoh
10. 11. Julai 2010 (Ahad Malam Isnin). Surau Taman Puncak Perdana, Bangi
11. 15 hb Julai.2010. Lepas Maghrib. Masjid Ibn Sina, Taman Tasik Titiwangsa
12. 16 Julai 2010. LHDN Shah Alam (Jumaat pagi)
13. 17 hb Julai 2010. Lepas Maghrib. Masjid Baru Temerloh
14. 18 hb Julai 2010. USM Kubang Krian.
15. 18 hb Julai (malam) MRSM Pengkalan Cepa
16. 19 Julai (Pagi) Politeknik Jeli
17.30 hb Julai Surau Taman Melawati

18. 2 Ogos 2010. Masjid Hana, Kuah, Langkawi
19. 3 Ogos 2010. Sekolah Menengah Tungku Putera, Langkawi.
20. 4 Ogos. Sekolah Menengah Agama Klana Makmor, Ampangan Negeri Sembilan
21. 6 Ogos 2010. Agensi Nuklear Malaysia, Bangi.
22. 7 Ogos 2010. Sekolah Menengah Kota Damansara, Seksyen 10.
20.7 Hb 2010 (Malam). Utem, Melaka
21. 12hb Ogos 2010. Fakulti Sains Teknologi, UKM.
22. 13 hb Ogos 2010. FTSM, UKM.

23. 20 Ogos 2010. Sekolah Menengah Klana Jaya.
24. 22 Ogos 2010. UPSI.
25. 23 Ogos 2010. Sekolah Menengah Bintang Utara. Cheras
26. 24 Ogos 2010. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub.
27. 25 Ogos 2010. Pusanika, UKM.
28. 26 Ogos 2010. Sekolah Menengah Agama MIRI
29. 27 Ogos 2010. JAIS, MIRI, Sarawak
30. 28. Ogos 2010. Masjid Abu Bakar, Temerloh.

31. 01 September 2010:MRSM ULUL al-Bab. Kota Putra, Besut
32. 02 September 2010. ILIM (Institut Latihan Islam Malaysia ), Besut.
33.24. September 2010. Masjid Ar-Rahimi, Klang, Selangor
34. 25 September 2010. Politeknik Port Dickson
35. 25 September 2010. Kampung Parit Nipah, Parit Raja (Majlis Perkahwinan)
36. 26 hb September 2010. Masjid Taman UDA, Johor Bahru
37. 28 September 2010. UiTM (Majlis Perwakilan Pelajar UiTM)

38. 30 September: Majlis Perwakilan Pelajar UIA
39. 02 Oktober 2010. Sekolah Menengah Balong, Tawau, Sabah.
40..08 Oktober 2010. Islamic Outreach ABIM, ILIM, Bangi
41. 22 Oktober 2010. Sekolah Agama Hamidiah, Kajang
42. 06 Oktober 2010. Sukmanita UKM, Dewan Tun Sri Lanang
43. 08 Oktober 2010. LHDN, Shah Alam
44. 09 Oktober 2010. Muslim Revert Association. Masjid Jamik Ampangan
45. 15 Oktober 2010. Politeknik Kulim
46. 18 Oktober 2010. Sekolah Menengah Seri Bintang Utara, Taman Shamelin Cheras
47. 20 Oktober 2010. Sekolah Menengah Agama Hamidiah, Kajang
48. 29 Oktober 2010 Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang
49. 30 Oktober 2010. Masjid Ar-Rahimi Klang
41.,12,13,14 November 2010 (Bersama tenaga Pengajar Sekolah Menengah Anderson dan Sekolah Menengah Tambun IPOH, dan sekitarnya.
42.31 December 2010. Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi
42. 14 Januari 2011. Sekolah Menengah Bintang Selatan, Cheras
43. 15 Januari 2011. Masjid Firdaus, Jalan Kuching, KUala Lumpur
44.17 Januari 2011. Masjid Sultan Muhammad, Kuala Lipis, Pahang
45. 24. Januari 2011. Kolej UEM, Lembah Beringin.
46. 28 Januari 2011, Sekolah Menengah Teknik Seremban
47.. 29 Januari 2011, Sekolah Menengah Tun Hussein Onn, Cheras (LADAP)
48. 11,12 dan 13 Februari Program di Politeknik Arau dan Politeknik Kulim dan masjid-masjid di Alor Star
49. 15 Februari 2011. Surau Shah Alam.
50. 17 Februari 2011. Kolej Islam Pahang
51. 20 Februari 2011. Surau al-Barakah Pasir Gudang
52.28 Februari 2011. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
53. 5 Marc 2011. MRSM Kuala Kelawang
54. 10 Mac 2011. UIA Gombak
55. 12 Mac 2011. Kuliah Subuh Masjid Taqwa/Masjid Gita Kuching
56. 15 Mac 2011 UKM
57. 16 Mac 2011. MIDF Kuala Lumpur
58. 27 Mac 2011: UPSI
59.28 Mac2011. Bahagian Pendidikan Islam, Siberjaya.
60. 30 Mac 2011: Bahagian Pendidikan Islam. Hotel Brisdale
61.1 April 2011: USIM Bedah buku
62. 5 April 2011. Sekolah Menengah Al-Amin, Sungai Tangkas (Untuk guru)
63. 9 April 2011. Sekolah Menengah al-Amin, Sungai Tangkas (untuk pelajar)
64. 13 April 2011. Sekolah Menengah Agama Ampangan
65. 5 Mei 2011. Sekolah Menengah Pancor, Seremban.

Inshallah saya akan masukkan maklumat dari masa ke semasa.




(Sesiapa yang mahu menjemput saya berceramah tentang Mu'jizat al-Quran dari sudut Sains, Mathematik, Sejarah dan sebagainya boleh melihat jadual tersebut untuk melihat kekosongan yang ada pada bulan tersebut atau berikutnya)


Alhamdulillah, tulisan saya juga boleh dibaca dalam Majallah Kosmik te
rbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga dalam Majallah Infiniti



Dari Majallah Infiniti






32 comments:

  1. prof, saya lebih suka lecture prof dari baca article prof.- student

    ReplyDelete
  2. Salam prof, semalam saya dapat menghadiri lecture prof di politek kulim. Di harapkan prof dapat berkunjung lagi ke kulim. Website ini juga bagus untuk saya gunkan sebagai salah satu bahan rujukan....nik

    ReplyDelete
  3. salam...
    bagus3X...good info but kalau bley takyah lompat2 byk blog make it easy bro.. islam itu mudah

    ReplyDelete
  4. kalau ada masa datanglah lagi ke uitm samarahan..assalamualaikum..

    ReplyDelete
  5. Asalammualaikum wrt, Saya kagum dengan penyelidikan dan hujah yang ditampilkan. Membuka mata dan minda, moga hati turut serta.

    Nak tanya; apa kah hukumnya menjalankan niaga seperti ini: Virgin Coconut Oil as daily nutrition intake" Dr. Mark, " Virgin Coconut,salutary oil in the world "Dr. Bruce http://www.bio-asli.com/?id=KITABOLEH

    Sebab saya dah ceburinya seminggu lalu. Nak teruskan?.

    ReplyDelete
  6. sebagai seorang islam.. saya rasa terpanggil untuk mengenali al quran dengan lebih dekat lagi.. saya pernah beritahu cikgu yang saya sekarang menjadi tumpuan pelajar bukan islam untuk bertanya tentang islam. satu soalan yang saya rasakan sukar untuk saya jawab ' mengapa boleh berlaku perpecahan umat islam kepada dua puak iaitu puak syiah dan sunnah. saya juga berterima kasih atas jawapan yang cikgu bagi hari tu. dengan jawapan tersebut saya dapat jawab satu lagi persoalan orang kristian iaitu ' mengapa orang murtad harus diperangi sadangkan ada konsep tiada paksaan beragama". akhir kata semoga agama yang kita anuti akan lebih mantap berrada di dalam jiwa setelah kita sama-sama mengkaji kebesaran Allah.. wallahua'lam.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum. saya rasa labih berminat untuk memahami isi kandungan al-quran.. terima kasih kerana sudi hadir untuk memberi ceramah di pustaka negeri..pada 15.12.2009...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..
    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof. di atas perkongsian ilmu mengenai Al-Quran yang mana sebelum ini kita hanya tahu membaca serta memahami maksud ayat dalam Al-Quran. Tapi setelah mendengar ceramah Prof pada 10 Jun 2010 di Pusat Islam, Kuala Lumpur barulah kita tahu mengapa Al-Quran itu sesuai mengikut peredaran zaman. Saya juga yakin dan percaya usaha murni Prof dalam mengcungkil rahsia yang terdapat dalam Al-Quran mampu menarik minat golongan NON-MUSLIM untuk mengetahui isi kandung Al-Quran dan seterusnya akan tertarik dengan agama Islam, saya juga yakin dengan kajian mendalam mengenai Al-Quran boleh mematahkan usaha pihak musuh yang menuduh bahawa Al-Quran adalah ciptaan Manusia. Semoga usaha murni Prof dalam kajian untuk mengcungkil rahsia kehebatan Al-Quran mendapat keredhaan Allah dan mendapat ganjaran setimpal oleh Allah di dunia dan akhirat khususnya.
    Insya Allah...

    ReplyDelete
  9. Salam, prof.. saya adib from SMA Telok Kemang..
    saya sgguh trpegun dgn ceramah prof. So interesting ! Hopefully prof dapat datang ke SMATKem lagi.. Insya'allah.. Tahniah saya ucapkan..

    ReplyDelete
  10. السلام عليكم,

    Setelah mendengar dan melihat bukti-bukti dalam Al quran tentang sains dalam ceramah Prof.Saya rasa sudah sampai masanya para cendikiawan Islam duduk semeja di dalam mencari jalan penyelesaian kepada keruntuhan akhlak yang melanda muda mudi mutaakhir ini, Saya sependapat dengan Prof, iaitu kita tidak perlu menubuh sekolah untuk wanita yang rosak maruahnya ,tetapi apa yang perlu ialah kita melaksanakan Islam dengan cara yang syumul kerana hukum yang Allah tetapkan dalam menangani masalah ini ialah melalui hukuman HUDUD, QISAS, TAKZIR dan sebagainya didalam hukum Jenayah Islam. Prof sebagai Orang yang sedang dan akan mengkaji perlu menyakinkan kepada pemerentah bahawa HUKUM ALLAH merupakan hukum yang terbaik bukanya hukuman ciptaan Manusia. Sama-samalah kita mendaulatkan Islam. TAKBIRR.

    ReplyDelete
  11. oi arip..tunjuk lah kat orang yahudi yg kutuk islam kat youtube...bengang tol aku

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum prof. boleh sy berkongsi artikel-artikel prof di dalam facebook? sekadar untuk berkongsi dengan masyarakat di luar yang masih tidak mengetahui kelebihan al-quran

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum w.b.t
    terima kasih atas ceramah yg prof disampaikan malam tadi.. sains dalam al quran mmg sesuatu yg tak pernah saya fikirkan.. Harap prof diberi peluang lagi untuk berceramah di kem kami..
    (LBdr Saiful Halif 34 RAD)

    ReplyDelete
  14. assalamualaikOm , sy fyna student dr sma padang tengku .
    best sngt cramah prOf td , alhamdulillah , dpt gk mnambahkn pengetahuan sy tntang al-quran . hOpe prOf dpt hadir n beri cramah lg kpd kami semua . insyALLAH . may ALLAH always bless u prOf . amin :)

    ReplyDelete
  15. assalammualaikum......

    alhamdulillah.....
    slps saya mendengar ceramah prof.....
    saya bertambah kagum dgn AL-QURAN.....
    dan juga tentang ISLAM....
    saya rasa sprti mahu menangis apabila mendengar ceramah prof....
    syukran ya prof.....
    maa' salamah.....

    (SAMT KUALA KUBU BHARU)

    ReplyDelete
  16. ceramah yg sgt bguna.. sy sgt terharu ada mnusia spt proff org mcm inilah akan membuat agama lain tpanggil memelok islam

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum.. terima kasih atas ceramah prof sebentar tadi.. banyak ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi selepas mendengar ceramah prof.. semoga maju jaya dan diredhai Allah..amin..

    (azuna.kolej kejururawatan sandakan)

    ReplyDelete
  18. kesimpulannya...
    Al-Quran smemangnya benar...
    yg menyampaikannya..BENAR
    yg menurunkannya.. BENAR

    Maksudnya...
    isi AL-QURAN semuanya...BENAR
    Syurga neraka mmg..BENAR
    IKUT AL-QURAN dan SUNAH mmg msk syurga
    INGKAR msk mmg NERAKA...

    -muhasabah buat diri-
    MIRI

    ReplyDelete
  19. prof bley x dtg kat skolah sy??
    kat SMK Kamil,16800 pasir Puteh,Kelantan.!
    sy nk dr bagi ceramah ttg al-Quran..

    ReplyDelete
  20. as-salam, orang yang melihat bintang2 hanya menatapinya sebagai satu bntuk kejadian dan keindahan ciptaan, tapi ulul albab akan melihatnya lntas mengkajinyaa dan memandangnya bukan semata2 sebuah kejadian tetapi sebuah bukti yang nyata.. Alhamdulillah, apa yang ana cari dipugar melalui penyelidikan prof, disampaikan rahsia Allah melalui kebijaksanaan dan tanggungjawab prof.. rahsia Allah banyak sekali, ana mahu dan mahu lagi,tidak mahu terus berhenti ... Alhamdulillah,

    ReplyDelete
  21. Wacana ilmu yang Prof berikan amat membantu perkembangan Islam dan memantapkan AKIDAH. Semuga terus berjuang menegakkan akidah Islam dari sudut SAINS.

    Saya juga mengambil peluang menjemput semua pembaca melayari blog saya tentang TAUHID untuk menguatkan AKIDAH dari sudut yang berbeza.

    Membaca sambil BERDAKWAH dari rumah.

    http://www.siapaallah.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah,, dgan pengongsian yg telah prof sampikan,, ketakjuban saya terhadap al quran semakin bertambah,,

    ReplyDelete
  23. boleh saya dapatkan nombor telefon yang berkenaan kerana saya ingin membeli buku PASAK

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum.. sy plajar dari smk paya besar , prof ingt lg x cramah prof pda pagi tadi di smk paya besar ,, saya tak berapa fhm dngr apa yg prof nyatakan di dewan tadi yg sy tak fham tntg adanya al-quran palsu . bole prof tlg jelaskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.
      bagus anak muridku kerana bertanya ttg perkara yg kurang faham.
      saya berasa sedih dengan sikap pelajar smk paya besar yg lebih banyak bercakap daripada mendengar.sikap tidak mahu menghormati majlis dan menghargai ilmu yang disampaikan masih melingkari pelajar di sini.kami guru-guru mengharapkan anda semua berubah demi menambahkan lagi ilmu pengetahuan.

      Delete
  25. salam semua.
    saya juga pernah mengikuti ceramah prof yang sememangnya baik dan bagus kerana boleh meningkatkan lagi taqwa kepada ALLAH.semua komen bersifat positif.Namun bukan semua orang Islam gemar belajar atau mendengar sesuatu tentang agama.Pada saya usaha prof amat besar nilai dan kemaslahatannya kepada yang mencintai agama.Namun,di luar sana lebih banyak program2 yang melalaikan dan kadang2 mendapat sokongan daripada pihak berkuasa.Program2 keduniaan lebih mendapat tempat dan media massa menjadi pemangkin utama.maka umat Islam terus lemah dan lalai kerana program2 keduniaan lebih menguasai.Alhamdulillah saudara2 telah mendapat hidayah daripada ALLAH.Saya doakan agar prof diberi kesihatan untuk meneruskan kerja2 ibadah ini.

    ReplyDelete
  26. Assalamulaikum Prof.Adakah anda pernah dengar macam mana hendak mencari Juzu' Al-Quran dengan Matematik?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://darulqohar.wordpress.com/biro-conselling/program-buka-juz/#comment-2147

      Delete
  27. Salam Prof,

    TQVM for an excellent session with my Sibu people. We all really appreciate it. InsyAllah, jumpa lagi...

    ReplyDelete
  28. salam prof.. tqvm dgn msg yg berguna nie,, sy sgt tertarik dgn ap yg prof tunjukkn.. harap prof sudi luangkn mse lag untk kmi..

    (SM SAINS HULU TERENGGANU)

    ReplyDelete
  29. Rambut & Uban; satu lagi bukti bahawa Al-Quran bukanlah ditulis oleh tangan manusia, lebih-lebih lagi Rasulullah SAW, kerana uban beliau cuma dlm 20 helai, tapi lihatlah manusia ramai yang menulis kitab kajian mereka, pastinya lebih uban dari 20 helai kan!!!...

    ReplyDelete
  30. Semuanya telah distrukturkan.Pada siapa yg ingin pelajari stuktur Quran sila kunjungi>>> http://darulqohar.wordpress.com/materi-pembelajaran/struktur-ain-struktur-abjad/

    ReplyDelete